Friday, January 20, 2012

pelakon drama roda-roda kotaraya ditangkap polis hisap syabu

Seorang pelakon lelaki drama bersiri 'Roda-Roda Kota Raya' ditangkap polis selepas dipercayai terbabit dalam penagihan dadah di sebuah rumah inap desa di Felda Chini 2, Pekan, Pahang.
   
Ketua Polis Daerah Pekan Supt Yahaya Othman berkata pelakon berusia 39 tahun itu dan rakan lelakinya berumur 30 tahun, ditangkap jam 8.30 malam semalam.
   
"Berdasarkan maklumat, pihak polis memecah masuk bilik di homestay berkenaan, dan setelah diperiksa polis menjumpai dadah jenis syabu anggaran seberat satu gram di atas meja di bilik berkenaan," katanya kepada Bernama hari ini.
   
Katanya berdasarkan ujian air kencing, kedua-dua mereka juga didapati positif penyalahgunaan dadah.
   
Beliau berkata kedua-dua lelaki itu ditahan reman selama lima hari.
   
"Kedua-dua mereka kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.
     
- Bernama

No comments:

Post a Comment

halaman